Syukur Selamat

Semalam, 5 September (26 Ramadhan) aku sekeluarga pulang ke Bentong selepas berbuka puasa di Awana, GH. Masa tu hujan renyai dan jalan licin. Aku pandu kereta slow saja tak macam selalu. Selepas menuruni bukit tinggi, aku mengikuti sebuah lori diselekoh yang gelap selepas korner ke Selesa Hill. Tiba-tiba dalam gelap aku nampak di depan lori itu ada sebuah kereta melintang di laluan perlahan dan sebuah motorsikal yg juga melintang dilaluan laju. Aku melihat seseorang yg melambai supaya kenderaan perlahan.

Nasib baik lori tadi sempak cilok antara kereta dan motorsikal yg melintang itu. Pada mulanya aku sangkakan lori itu tidak sempat mengelak kereta itu. Syukur lori itu dapat cilok di saat-saat akhir. Aku memberhentikan kereta betul-betul di depan kereta yg melintang itu.

Syukur juga kereta di belakang aku sempat berhenti. Aku dengar bunyi brek yg kuat di laluan aku tapi nasib tidak ada apa-apa. Tapi tidak lama kemudian di selah laluan laju, sebuah kereta tidak membrek lalu melanggar motorsikal yg melintang di laluan jalan laju itu.

Kereta itu terhenti tidak jauh dari situ dengan mengheret motorsikal itu. Tak tahu aku ada orang yg terbaring di tengah jalan kerana Highway itu gelap. Aku lihat seseorang sedang keluar dari kereta yg melintang itu. Nasib baik kerana tidak dilanggar oleh lori itu. Aku tak tahu berapa penumpang dlm kereta itu tadi kerana terus meneruskan perjalanan kereta anak-anak menggigil ketakutan melihat insiden secara live itu.

Aku melihat ramai yg menolong mangsa kemalangan. Maaf aku tak berani keluar kerana keadaan anak-anak aku itu tadi. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana tidak terlibat dengan kemalangan itu. Aku berharap sangat MTD menyediakan lampu jalan sepanjang menuruni Bukit Tinggi itu sehingga ke selekoh yg akau katakan tadi.


Archives

Recent Comments


%d bloggers like this: